Saturday, October 30, 2010

ANAK2 ARNAB MATI LG...

ada 2 ibu arnab yang melahirkan anak x ckp matang,anak2 mati semuanya,dalam saya membuat andaian ialah kerana makanan yang di beri....arnab yang di beri makan palet goldcoin anak2 yang dilahirkan semuanya sihat2,tapi arnab yang diberi palet biasa,anak2nya semua x hidup...yang membezakannya kedua2 palet ni harganya saja...klu kita beli di kilang harganya lebih murah,dalam internet ada yang jual sampai rm60,terpulang la kepada pembeli untuk membelinya atau tidak...tapi saya memang syorkan palet goldcoin adalah yang terbaik....

Wednesday, October 27, 2010

hidup tak lama...

semalam hari yang agar kurang baik bila anak nederland dwarf yang tinggal 2 ekor tu mati,sebab ibu dia tidak menyusu langsung,kawan2 bloger yang dpt share pendapat boleh bagitau saya nak buat mcm mn....saya ada sekor ibu arnab yg tidak menyusu anak,sekarang sedang bunting,yang merisaukan saya takut time dia beranak nnt tak ada ibu lain yg beranak...

Tuesday, October 26, 2010

ada lagi.....

tgh ari ni saya balik umah sat sebab tengok anak bongsu saya demam,dok merap,saya terpandang sangkar2 arnab saya,terpandang sekor lagi ibu arnab dok cabut bulu dia,nk beranak plak ka ibu arnab ni...trus saya koyak2kan kertas sikit dalam kotak beranak dia,tak ptg ni atau malam beranak lah,wah minggu ni sibuk betul byk ibu2 arnab on delivery,rezeki tuhan bagi...nnt bila dh besar boleh let go....nantikan kemunculan generasi baru ni....tapi yang saya nntkan ibu lopear yg pure tu...dh bunting ke blm tak tau la..ibu lebih besar dari bapa....lopear ni saya dpt dari kakak yg tinggal di lunas kedah...saya dah loss conteck dgn dia....waktu bli dulu,kecik2 lagi telinga dh jatuh,sama mcm saya tengok dekat pemeran hari penternak kat stadium darulaman ari tu,penternak dari pantai remis tu...wah hebat betul penternak tu....satu hari nnt saya akan ke sana utk dapatkan baka2 yg blm saya ada.....

lagi arnab beranak...

pagi ni setelah saya masuk keja tiba2 org umah saya telefon sekor ibu arnab beranak,bila saya balik saya tengok ibu arnab yang saya beli kat kak siti changlun beranak,jenis lopear tp telinga x berapa jatuh sangat,ibu arnab tu beranak 5 ekor,sayangnya sekor telah di sambar dek kucing yang duduk dalam sangkar sebelah,sayang betul...tinggal 4 ekor je,pada mulanya ibu arnab ni saya letak bersama bapa lopear..x sangka plak dia bunting,saya mengesyaki dia nak beranak bila saya tengok ada segumpal bulu dalam mulut,saya merasakannya hendak beranak,saya terus letakkan raga kecemasan sebab saya tidak sediakan kotak beranak lagi untuknya.nasib baik sempat letak raga tu...harap2 anak2 arnab ni boleh hidup....

Monday, October 25, 2010

nederland dwarf

Pagi ni ibu ND beranak 3 ekor,sayangnya sekor mati,mungkin terkena hentakan kaki ibunya sewaktu saya cuba alihkan anak2 yg jatuh dari kotak beranak,sayangnya.Itu anak sulungnya....setakat ini sekor lopear dan sekor arnab biasa dah beranak.Lopear beranak 7 ekor,sayangnya mati 4 ekor...anak ibu arnab yang biasa beranak 7 ekor,semuanya hidup,saya cuba untuk kacukkan dengan bapa lopear,tak tau lagi rupanya bila besar nanti.
Saya masih menunggu 7 lagi ibu arnab beranak,arnab biasa dan lopear....ada yang telah bekerja keras membina sarang sendiri,bulu2 berselerakan,

Saturday, October 16, 2010

PENGGEMAR ARNAB

SALAM 1 MALAYSIA,SAYA AZLAN,BERASAL DARI BALING KEDAH.BERJINAK2 DENGAN PENTERNAKAN ARNAB BARU LAGI.TAK SAMPAI 1 TAHUN.KISAHNYA BERMULA APABILA JIRAN IBU MENTUA SAYA MEMBERI 3 EKOR ARNAB KEPADA SAYA,1 JANTAN 2 BETINA,SELANG SEMINGGU IBU ARNAB PERTAMA MELAHIRKAN 6 EKOR ANAK,KEESOKAN HARINYA SEEKOR LAGI IBU BERANAK 5 EKOR
DARIPADA ITU LA SAYA TEKAD UNTUK MEMELIHARA ARNAB INI SEBAGAI HOBI DAN SEBAGAI PENDAPATAN TAMBAHAN.BUAT MASA SEKARANG SAYA MASIH MEMBUAT MODAL PUSINGAN UNTUK MENAMBAH JUMLAH ARNAB YANG SAYA BELA.DALAM MASA 9 BULAN PERTAMA JUMLAH ARNAB TELAH MENINGKAT TETAPI JUMLAH KEMATIAN AMAT MEMBIMBANGKAN.SAYA TIDAK PERNAH MELALUI APA APA KURSUS,HANYA MERUJUK DALAM INTERNET DENGAN MEMBACA BLOG2 PENTERNAK TERDAHULU.BUAT MASA SEKARANG SAYA HANYA MEMPUNYAI BEBERAPA JENIS BAKA SEPERTI LOPEAR,N.DWARF,BAKA KAMPUNG.DAN SAYA INGIN MENAMBAH LAGI BAKA2 LAIN SEPERTI LION HEAD,ANGORA,TEDDY BEAR DAN LAIN2.SAYA JUGA MENYERU KEPADA SEMUA KAWAN2 PENTERNAK YANG DAH LAMA TERLIBAT DALAM INDUSTRI INI AGAR DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MENGEMBANGKAN LAGI TERNAKAN SAYA INI,TERIMA KASIH,,,,,,,

Total Pageviews

ARNABVILLE

ARNABVILLE

BIASA...

BIASA...

arnabville

Saya baru lagi dalam dunia arnab ni,ingin mengembangkan penternakan ini seperti bloger2 arnab yang sudah berjaya..bantuan dari rakan2 bloger amat saya alukan....