Sunday, January 30, 2011

EA dah sampai.....

salam,dah dkt seminggu tak update blog ni...ari sabtu ari tu aku ke tanjung karang,pi ambil EA dkt en khairi.perjalanan bermula dari baling pukul 1 pagi,pagi sabtu,bertolak mengikut jalan ke grik,kuala kangsar,masuk h.way kuala kangsar dan singgah sekejap di r&r sg perak,perjalanan di teruskan sampai di r&r tapah,aku rasa letih dan tidur di perhentian tu sampai subuh,lps subuh aku teruskan perjalanan dan sampai exit di bantang berjuntai,terus ke bistari jaya dan akhirnya aku sampai di tanjung karang tepat kul 9 pagi...aku sms en khairi...jawabnya ya Allah awalnya sampai,aku kata saja mai awai takut sesat,dia srh aku jalan2 di bukit melawati,aku pn kesitu,tp tak naik pn kereta api kat situ,dalam kepala aku ingatkan si EA je...

habis aku pusing2 aku ambil keputusan utk terus ke rumahnya di tanjumg karang,aku msk lorong kerumahnya dan bertanyakan soalan kepada seorang brader yg ddk lepak tepi sawah,bila aku tanya dia macam nk layan tak layan plak,aku tanya tentang alamat rumah khairi,dia kata tak tahu,aku hairan,padahal umah khairi dekat je,sebelah kiri dalam sawah...dah dia tak berapa nak layan aku terus je masuk...sampai juga aku kat rumah khairi,aku tunggu di luar rumah,aku di sapa oleh seorang makcik,rupanya mak si khairi,dalam beberapa minit azizul jabar dari bota perak sampai,aku penah tengok mamat ni,rupanya dalam facebook,ok la ada member bersembang...dalam aku menunggu khairi sampai aku ada melawat tempat peliharaan arnab dia...wah byknya NZW...arnab pedaging...semua putih2 gebu...

akhirnya khairi sampai dalam kul 2.30pm bersama puluhan EA yg cantik2,tak tau nak ambil yg mana...color coco ada,grey,black,white,mcm2 lagi,kelabu mata aku tengok anak2 EA ni...aku sambar sepasang, sekor color nk hitam,jantan,sekor putih,badan ada tompok kuning,betina.aku rasa dh puas hati dan bertolak pulang ke baling kul 4pm,sampai dirumah kul 10pm,letihnya...semata2 nk pi ambil EA ni je,tp puas dpt miliki arnab yg hebat ni...sekarang depa dah ada umah baru..harap2 dpt hidup dgn baik dan boleh beranak pinak...insyaAllah.....gambar belum update lg,,,nnt2 la,bg besaq sikit.....

Sunday, January 23, 2011

perjuangan yg belum selesai..

assalamualaikum rakan2,dah byk ari tak update blog ni,sibuk sikit dgn tugas2 di klinik,tambah2 sekarang kena bertugas di k1m,apa2 pn perjuangan dengan arnab masih diteruskan walaupn ada cerita2 berita2 yg tak berapa syok didengar...
antaranya kematian anak nd yg tak boleh dielakkan,seperti post yg sebelum ni tentang nd saya..semua anak2 nd tak dpt di selamatkan kerana ibunya yang tak pandai menjadi ibu yg baik,saya tumpangkan anak2 ni dgn ibu arnab yg lain,tp kesudahannya.....nk buat mcm mn?
saya membuat keputusan untuk mencari baka nd yg baru dan mendapat seekor anak nd dari fadzil farm sg petani,yg diimport dari kelantan,byk jg nd yg cantik2,tp saya cuba seekor dulu sbb anak2 nd ni kecil2 sgt,nasib baik saya ada ibu arnab yg sedang menyusu,boleh ditumpangkan..nampak sihat je...ari tu saya ambil lopear sepasang,tb sepasang, dua ekor mati cirit,walaupn diberi ubat. ni kejadina pertama saya dengan arnab2 yang saya bela selama 1 tahun...mungkin arnab ni dari luar,yg dari tmpt saya ok je...
saya nk upload gambar nd tp kecil lagi,nnt dh besaq skt saya masukkan dlm blog ni....
saya jg masih mencari baka2 arnab utk pembiakan...

Saturday, January 15, 2011

nd beranak lg tp.....

pagi tu lps subuh aku tengok la kandang2 arnab,aku tengok ibu nd dh beranak,tp ada 2 yg dh mati,tinggal 3 ekor yg hidup,tp mslhnya ibu nd ni tak pandai susukan anak2nya,membuatkan saya risau lg.Rekod kelahiran ibu nd ni mmg teruk,seekor pn anak2 dia tak hidup,sebelum ni dia dah beranak 2 kali,ni yg dah kali ke3,tak tau nak kata apa,produktif tp tak pandai jg anak2 dia,aku berserah pada tuhan.

dalam aku dok perhatikan anak2 dia ada yg aktif dan ada yg dh monyok,nmpknya tak berapa nak menjadi ibu nd ni,mcm mn nk buat? bila kita perhatikan dia,dia lg marah,anak2dia pn kecil2 sgt.tak apa la,aku akan cuba biarkan dia sendirian,kot2 la dia sensitif sgt...

tu la,ada ibu2 arnab yg baru pertama kali beranak tp dh pandai jg anak2...ni bernak dh kali ke3,masih tak pandai2....aku nk kena cari baka nd yg baru sebab nd yg ada ni dh ada org boking,tp tak menjadi..

kawan2 yg mempunyai pendapat tentang masalah ini boleh la kita berkongsi pendapat...terima kasih...

Thursday, January 13, 2011

pagi2 jumaat...

selamat pagi jumaat,kepada rakan2 yg mengikuti blog saya terima kasih diucapkan,pagi ni selepas saya bersihkan semua sangkar2 arnab saya pn berehat dk fikir mcm mn nk majukan lg projek ternakan arnab ni,dh ramai yg terlibat dalam penternakan arnab,bermaksud dh ramai yg berminat dengan arnab.Permintaan jenis2 baka arnab yang cantik terus mendapat perhatian...

sebelum itu saya nk cerita sikit tentang gambar yang saya paparkan,gambar saya akan masuk ke dalam gua gendang yang terdapat di pengkalan hulu perak. Saya mengikuti kursus soft skill,utk pen.peg.perubatan...di pintu lubang tu ada satu papan tanda yang memberitahu kita supaya kita selalu mengingati tuhan dan satu hari nnt kita akan berada didalam tempat yang gelap buat selamanya sebelum dijemput kembali di akhirat. Gerun jg kata2 tu,mana tak nya dalam gua tu gelap sgt,satu kumpulan 7 org diberi sebatang lilin je.Tapi alhamdullillah perjalanan dlm gua tu berjalan dgn lancar dan byk pengalaman dan pengajaran dalam ekspedisi ini.

Berbalik kepada arnab,saya akan cuba mendapatkan baka exotik yg cantik utk dibiakkan,masih dalam pencarian. Banyak pembekal dapat memberi kerjasama dgn baik dan ada jg yang nk layan tak layan mcm tu,tak tau la kenapa,mungkin diorg dah terkenal dan x perlu melayan kerenah pembeli seperti saya.Saya akan ambil arnab yang saya berminat dan saya akan lihat reaksi pembekal adakah dia boleh melayan semua pertanyaan saya,ni ada yg kita sms tya tentang arnab 2-3
hari baru bls msg kita,itu pn kalau nk bls...tak payah la kita cerita sapa dia...mcm tu jg saya klu ada sapa nk dptkan arnab2 saya insyaAllah sy akan layan walaupun tak jd beli...

Wednesday, January 12, 2011

mini lop...

salam 1 malaysia,ada sapa2 yg ada jual mini lop boleh hubungi saya sbb ada kawan2 kita sedang mencari mini lop....

Monday, January 10, 2011

MASALAH CIRIT BIRIT....

HL yg dh pergi selamanya,HL ni saya ambik disungai petani,menurut tuanya arnab ni datang dari kelantan,depa beli borong,kerana berkenan sangat dengan arnab ni saya pun terus membeli HL ni dengan sekor lagi lopear,yg hitam ni jantan dan putih tu betina,setelah 2 minggu bawa balik umah,saya letakkan dalam kandang yang saya dah prepare awal2 lagi utk tempatkan arnab2 ni,arnab ni mula cirit,saya tengok bontot dia mula kotor,saya pun terus ambk ubat di klinik saya dan cuba mengubatinya,tp tak servive juga,akhirnya mati,sekarang ni sekor lagi yang putih tu pun dah mula cirit,semalam saya ke kulim utk cari ubat anti-diarrea,harganya boleh tahan jg la,tp kena beli jg pasal takut arnab tu mati jg.kawan2 yg tahu mcm mn nk tangani masalah ini bolehlah berkongsi masalah ni,mcm mn nk settlekan mslh ni....syg betul.

saya rasa masalah pertukaran makanan,sebab di kelantan rasanya makanan lain,saya bagi makan pelet goldcoin,masalah ni jg jd kat TB saya yg dibeli di tempat yang sama.

Monday, January 3, 2011

selamat tahun baru....

 sepasang teddy bear yang diambil dari fadzil farm sungai jagung,sungai petani...nak buat baka sebab tb tak ada dalam koleksi lagi....
 ..holland lopear yang diambil juga di fadzil farm...nk buat baka juga...yang ni jantan,dah jatuh telinganya,yang betina belun jatuh telinga....
 lawatan ke ladang anggur di beris,sik,kedah.......luas betul ladang anggur ni,anak tempatan yang usahakan,boleh la kita merasa buah anggur tempatan,rasanya sedap......jenis black opal...
 yang ni jenis anggur hijau tempatan..
banyak betul buah2 anggur ni,kalau kita jalan dibawah pokok anggur ni boleh berlaga dengan kepala kita sebab rendah je pokok dia....

Total Pageviews

ARNABVILLE

ARNABVILLE

BIASA...

BIASA...

arnabville

Saya baru lagi dalam dunia arnab ni,ingin mengembangkan penternakan ini seperti bloger2 arnab yang sudah berjaya..bantuan dari rakan2 bloger amat saya alukan....